كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّـهِ (Al-Imran:110)
Tuntutan Allah SWT ,supaya kita menjadi sebaik-sebaik أُمَّةٍ (ummah)
Perkataan أُمَّةٍ mengandungi beberapa makna
- أُمَّةٍ dengan makna Ad - Din iaitu Islam
- أُمَّةٍ dengan makna Pemimpin, Ibrahim adalah أُمَّةٍ, pemimpin contoh
- أُمَّةٍ adalah kumpulan atau parti memperjuangkan Islam
- أُمَّةٍ adalah umat Islam dan seluruh manusia adalah ummah Muhammad SAW.
(Petikan ucapan Penggulungan Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65)
Umat
TAAT(IKUT ARAHAN) DAN WALA’(KESETIAAN KEPADA JEMAAH)
Apa yang penting kita menyaksikan generasi awal itu beradab dengan jemaah. (Ini wajib kita belajar). Walaupun mereka dihentam, ditekan, ditindas, mereka sabar melaksanakan prisip taat dan wala’ .Taat kepada jemaah dan setia kepada jemaah.Ketaatan dalam perkara yang tidak bercanggah dengan nas.(Bukan perkara dasar. Dasar wajib)
Dalam politik Islam ini ada perkara yang tetap (dasar dan matlamat) ada yang mengalami perubahan realiti dan situasi. Dalam politik ada yang tersurat(difahami) dan ada yang tersirat(tidak difahami) kerana keadaan yang berbeza.
(Petikan ucapan Penggulungan Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65)
Taat(Ikut Arahan) Dan Wala’(Kesetiaan Kepada Jemaah)
POLITIK BERIMAN DAN BUDIMAN
Kita perlu menjadi contoh kepada orang lain, berusaha menjadi parti Islam yang sebenar dengan ciri-ciri Islam. Kita tidak mengaku kita yang terbaik, tapi kita mesti berusaha untuk menjadi terbaik contoh kepada yang lain, khususnya zaman politik yang dikotori, yang dinodai, yang dinajiskan dengan aktiviti-aktiviti yang memalukan.
(Petikan ucapan Penggulungan Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65)
Politik Beriman dan Budiman
MENYELAMATKAN MANUSIA BERSAMA ISLAM
Politik kita politik bermoral, untuk menyelamatkan manusia bersama Islam. Manusia itu sama ada manusia yang Islam atau bukan Islam. Orang Islam wajib beriman, percaya pada Islam. Bagi orang bukan Islam, Islam adalah cara hidup. Kalau mereka boleh terima dan berjuang komunisme(ajaran Karl Marx) dan berjuang mempertahankan liberalisme, kapatilisme(ajaran Adam Smith, bukan orang Cina), mengapa mereka tidak boleh terima Islam sebagai satu cara hidup tanpa menganut agama Islam? Islam adalah ajaran yang sempurna termasuk di dalam perkara politik. Kita memilih politik matang dan sejahtera.
(Petikan ucapan Penggulungan Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65)
Menyelamatkan manusia bersama Islam
PERANAN PAS DI LUAR NEGARA
“Alhamdulillah kita dapat melangsungkan bahtera PAS ini, dan PAS menjadi parti yang dihormati di luar negara dan dihormati di dalam negara. Di luar negara PAS dilibatkan dalam isu-isu antarabangsa, isu Bosnia (tahun 90 an PAS pergi ke PBB, pergi ke Eropah atas nama Parti Politik Islam), isu Perang Teluk, isu mendamaikan kalangan mujahidin Afganistan yang berperang. PAS terlibat dalam menyelesaikan masalah konflik Acheh. Sultan Acheh menyebut dalam ucapan mengenang jasa PAS kerana bersimpati dengan perjuangan Acheh dan menyelesaikan masalah Acheh. PAS memainkan peranan besar ketika orang lain melupakan Acheh. Acheh mencapai kuasa autonomi. PAS ada peranan sedikit sebanyak menolong Acheh dalam masalah ini. Dalam isu Turki, PAS mendekatkan kumpulan-kumpulan Islam yang berpecah untuk menghadapi pilihan raya di Turki (yang boleh memenangkan kumpulan sekular), Kita(PAS) diberi kepercayaan, diminta untuk menyelesaikan masalah perselisihan pendapat.
Peranan PAS di luar negara
PAS TETAP DIHORMATI DI DALAM NEGARA.
Dalam negara (1957) PAS hanya ada satu kerusi di Parlimen, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein menang pilihan raya tahun 1955. PAS telah berjasa menggerakkan kumpulan-kumpulan Islam, menghantar memorandum mendesak Islam adalah agama Persekutuan dalam perlembagaan yang dilupakan oleh Suruhanjaya Reid sehingga Islam ada pada hari ini dan meletakkan perkara yang lain dalam perlembagaan dan kita tidak putus hubungan, Islam agama Persekutuan dan dalam masa sama hak agama lain diterima, ini melibatkan parti-parti yang masih ada (UMNO, MCA, MIC). Parti-parti lain tidak ada pada masa itu.
PAS Tetap Dihormati Di Dalam Negara.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)